>
  • Tudung Chiffon 3 Layer with Brooch.
  •  Tudung Chiffon 3 Layer with Brooch.
  •  Tudung Chiffon 3 Layer with Brooch.
  •  Tudung Chiffon 3 Layer with Brooch.

Monday, November 11, 2013

Kata kata hikmah

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

Kata-kata hikmah

Orang Yang Kedekut:
1. Jauh Dari Rahmat Allah
2. Jauh Dari Masyarakat
3. Jauh Dari Syurga
4. Dekat Dengan Neraka

Thursday, November 7, 2013

4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .) 

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.) 

4. Anak2 lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Kata kata Indah

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Wednesday, November 6, 2013

100 kata-kata hikmah untuk renungan kita bersama.

Bismillah

1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”

34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”

38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”

39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”

40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41. Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan

42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”

43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.

46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”

48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..”

49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”

50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”

51. “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

52. “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

53. “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.”

54. “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”

55. “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.”

56. “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang..”

57. “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

58. “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma..”

59. “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

60. “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”

61. “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

62. “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

63.kitα berkenαlαn → Allαh yg rαncαng. Kitα rαsα sukα → Allαh yg beri. Kitα bersαmα → Allαh yg αtur. Kitα berbαhαgiα → Allαh yg detikkαn

64.Orang yang bersih hati, ada tanda di wajahnya.

65. Addeenu nasihah..dan nasihat itu kasih.begitu kasih hingga mahu sama-sama dikasihi yang Maha Pengasih.

66.Sejahil mana pun manusia, mereka akan kembali mencari Tuhan dan kebaikan.

67. Apa perasaan kita apabila kita tahu tuhan memanggil kita 'wahai sayang'?

68. Jangan tunggu orang yang sempurna untuk nasihatkan kita sebab takda manusia yg sempurna di muka bumi ALLAH ini..hanya ALLAH yang Maha Sempurna :)

69. " Hai anak muda,jangan sangka matimu tua! "

70. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka 'lebih lurus' berbanding jalan ke syurga.

71. "... Kami melakukan dosa yang sepatutnya Engkau wajar mengazab kami, namun Kau ilhamkan taubat kepada kami"

72. cantik nye susun atur allah. iktibar itu dimana-mana. hari ni pelangi, esok lusa salji..

73. Tak de orang melihat air mata kita Tapi Allah tahu setiap titisan yang jatuh ke bumi

74. Berapa ramai manusia yg masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun. ~ Imam asy Syafi'e

75. Allah mendidik/mentarbiyyah manusia dengan cara berbeza.Tuhan,jangan bebankan kami,yang tidak kami terdaya.

76."Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

77. Manusia itu belajar dari kesilapan.

78. Mereka yang berubah kerana terpaksa, mereka itulah mangsa. Mereka yang memaksa diri untuk berubah, mereka itulah yang berjaya. [Abu Saif, Rindu Bau Pohon Tin]

79. Allah itu dekat.

80. Hatta seribu tahun dan sejuta mimpi pun, kalau Allah tak izin, tak jadi juga.

81. Belajar kerana Allah... inshaAllah akhlak akan berubah...

82. Tanda kita belum baik ialah apabila kita selalu merasakan kita lebih baik dari orang lain.

83. Maksiat lawannya taat.

84. "Untuk mendapat yang dicintai bersabarlah menempuh yang dibenci."

85. "Ya Allah, jadikan kami hamba yang sihat & taat"

86. Kalau kita ketuk pintu rumah orang pukul 3,4 pagi, mesti orang marah giler. Tapi kalau waktu sebegitu kita ketuk pintu Tuhan, Tuhan sangat gembira dan suka menerima hambanya...

87. "Sungguh, Aku benar-benar mengadu akan susah dan sedihku hanya kepada Allah.." (Surah Yusuf: 86)

88. mulakan hari mu dengan memuji Allah....

89. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. ..

90. Mengingati Allah itu satu keperluan melebihi dari perlunya kita kepada oksigen. Kita tidak kan mampu menghirup kebaikan yg ada sepanjang perjalanan kehidupan tanpa hidayah dan taufik dari Allah swt~ :)

91. jadikan dunia ladang untuk kita nikmati hasilnya di akhirat kelak.

92. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

93. "Hakikat tanpa syariat itu fasik, Syariat tanpa hakikat itu sia-sia, Syariat beserta dengan hakikat itulah sempurna"

94. cukuplah mati sebagai satu peringatan.

95. Matang bukan syarat nikah. Sama macam tua bukan syarat mati. Yang muda pun ramai mati, yang tak matang pun ramai menikah.

96. "cabut kemuncup sambil berjalan. jangan sampai ralit hingga berhenti berjalan" (mafhum)

97. *even burung kecik tu pun berusaha untuk padamkan api kerana takut disoal, tapi kita?

98. Mahu suami soleh & isteri solehah?Mahu anak-anak yang soleh solehah?Psss, tanya diri dulu. 'Diri' kita itu sudah menjadi soleh solehah untuk ibu bapa kita tak?

99. Apa yang keluar dari mulut kita ialah do'a. Kalau yang keluar itu carutan, maka kita mencarut kepada diri sendiri. Berfikir sebelum berkata-kata.

100. Org yang ada Allah.. Ada segala galanya - Prof muhaya.

Friday, November 1, 2013

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  • Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  • Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

7 SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW YANG PERLU KITA JAGA SETIAP HARI, JAGALAH BETUL-BETUL

7 SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW YANG PERLU KITA JAGA SETIAP HARI, JAGALAH BETUL-BETUL :

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.  Via (Islam Itu Indah)

Thursday, October 31, 2013

Kata-kata hikmah

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Usah terlalu kagum dengan teknologi tanpa wayar

Usah jangan terlalu kagum dengan teknologi tanpa wayar
Kerana setiap hari kita berkomunikasi dengan ALLAH juga tanpa wayar

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu

Assalamualaikum wbt Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.

Tuesday, September 17, 2013

Macam mana cara hendak meletak comment facebook pada blogspot

Tajuk pos dekat atas pun dah tau apa maksud nya. Hehee... Sorry ye. Saya Nak minta tolong kepada sesiapa yang boleh tunjukkan saya bagaimana hendak meletak comment facebook pada blogspot. Dah beberapa kali saya mencuba tadi masih lagi tak faham. Ok kalau ada sesiapa link boleh kongsi kan pada saya ye. Terima kasih saya ucapkan dahulu. Sebenarnya dah lama juga rasanya saya tak update facebook.  

Thursday, July 11, 2013

Baju kurung cotton manik Vietnam. Rm99.00

Baju kurung cotton manik Vietnam
Harga Rm99.00 dengan postage sem
sms or Wasap 0192609493
Ada banyak stok lain lagi. 
Email mohamadnayan@gmail.com

Sunday, July 7, 2013

Beg deuter at Ho Chi Minh City Vietnam

Tak puas hari beli beg deuter semalam. Malam tadi repert balik. Beli lagi. Tambah lagi koleksi beg. Kt Ho Chi Minh ni je aku dah beli 4 beg Deuter. Yang besar 65L beli 2. Yang sedang 60L beli 1. Lagi satu beli yang kecil untuk anak lelaki, beli yang 30+10. Kalau lupa diri memang boleh habis duit kat Vietnam ni. 

Upin ipin di TV VIETNAM

Rupanya Ada cerita upin ipin kat channel Tv Vietnam.  Cerita boboyboy pun Ada

Saturday, July 6, 2013

Night market berhampiran Ben Thanh Market

Nak pos sikit antara barang yang dibeli masa malam pertama sampai di Ho Chi Minh City Vietnam. Cuma cerita beli beg je haaa... Hand beg tu harga asalnya Rm300. Tak mo beli lah mahal sangat. Tawar dia bagi 250. Itu pun tak mau beli juga la. Layan aje lah Kan. Tawar menawar lagi. Last sekali punya tawar dapat lah harga Rm100.00. Ok la mcm tu. Beli juga lah. Warna pink tu My daughter punye. Mesti dia suka, mungkin sbb warna pink. 

Kejadian tak diingini di Ho Chi Minh City Vietnam

Kejadian tak di disangka.... Apa ke kejadian tu. Pintu bathroom tak boleh dibuka. Kesian kt My wife. Masuk dalam bilik air. Bila Nak keluar je pintu tak boleh dibuka. Alhamdulillah la saya Ada (hero la konon kononnya) call operator hotel. Tak lama lepas tu staf hotel pun datang. Yang pertama cuba buka guna pisau... Tak berjaya. Datang lagi sorang guna screw driver pulak, tak berjaya jugak, datang lagi 2 orang  siap bawak hammer dan mcm2 lagi peralatannya. Wonder Pet wonder Pet kami datang membantu mereka yang kesusahan... mcm tu la kiranya. Cara sopan tak boleh buka. Nampaknya Nak kena guna cara kekerasan. Hammer terpaksa di gunakan setelah mereka berusaha guna pisau, kunci, screw driver. Nampaknya hammer dan screw driver bekerja sama. Tgok lah gambar ni. Haaaa..

Hari ke-2 kat Ho Chi Minh Vietnam

hahahaha..... tiba2 masuk hari keduapos ni.. mana hari pertamanya.. tu lah. semalam sampai je airport Vietnam terus cari teksi,and terus je ke Lavender Hotel. Cerita yang semalam dulu la... kami berdua memang bz bekerja. Flight pukul 5:50 ptg semalam dalam kurungan 5 julai lah... hahhaa... sampai je rumah pukul 3 ptg hari jumaat tu... terus kemas barang2 yg perlu di bawa... x de apa sangat pun yg nak di bawa.. yg penting2 je, contohnya duit, passport,roti-roti untuk makanan kt sana nanti.Tu je, baju spare x de bawak pun. Dari rumah pukul 3:30 sampai la kt KLIA pukul 4:30pm. terus pergi check in... ni lah dia tiket ke Vietnam yg kita org dapat.
Sebenarnya pergi Ho Chi Minh dengan wife.. Kali ni try duduk Business Class pulak. Memang ramai orang nk ke Vietnam rupanya. rasanya Flight tu memang penuh.. haaa ni lah dia pic yg sempat di snap masa tunggu nak masuk Gate G6 masa hati kejadian tu.
hmmmmm Ramaikan orang nak pi Vietnam. Tunggu punya tunggu waktu dah pun pukul 5:50pmmasih belum boleh berlepas lagi sbb kapal terbang pun belum sampai lagi... jadi delay la sikit.. pukul 6:30pm baru boleh boarding.. dalam perjalanan tak berapa dapat melihat suasana luar sbb cuaca berawan, tak lama lepas tu dah gelap pun. Tengok saja lah movie yang di sediakan dalam aircraft tu. ok jugak tapi tahu cerita apa sbb pasang saja tapi x berapa mengikuti jalan ceritanya.. waktu makan oder la ayam masak merah dll nya. Gambar makan x de lah sbb x berapa rajin nak snap pic. Akhirnya mendarat juga kami di airport Vietnam. Lepas je kastam terus je ambil beg. terus keluar, cari teksi. Sebenarnya teksi ni nak bayar guna Duit Malaysia pun boleh mungkin dalam RM40 rasanya. Kalau nak bayar guna USD 10USD atau kalau nak bayar guna duit Dong Vietnam dalam 200,00 Dong. Gitu lah kiranya. Ikut lah nak bayar guna apa pun. Kalau nak naik bus pun boleh juga. Keluar je Airport Vietnam tu tengoklah di sebelah kanan. Kat situ ada bas no 152. Bas tu akan sampai ke Ben Than Market. Saya pilih naik teksi sbb nak keselesaan untuk wife. haaa jalan kt Vietnam memang sesak dengan motosikal dan kereta. Tapi sapa2 yang pertama kali sampai sini mesti rasa pelik dengan kesesakan jalan raya kat sini. Motosikal tak tau berapa punya banyak.
haaaaa tengok je lah gambar kat atas tu... memang banyak motosikal... dalam kesibukan jalan tu... hmmmmm boleh la pulak bas buat U-turn... Nampak macam mudah je bas tu untuk U-turn. Kalau kt KL konpom ke maki pun bas tu. Sampai je hotel badan pun dh letih sebenarnya. Solat lepas tu rest kejap.15 minit gitu. Terus la mencuci mata.. sebelum tu sempat la snap sikit gambar dlm room hotel. Kita org duduk Lavender Hotel.
Pukul 9 malam waktu Ho Chi Minh terus lah kami berdua berjalan2, sambil cuci mata. Akhirnya mata ku tertumpu pada satu orang tu.... Kawan sama tpt kerja rupanya.. Bertahun2 kerja di tempat yang sama tapi tak de masa nak bersembang.... akhirnya kami berjumpa di Vietnam... bukan sorang... tapi 3 orang rupanya. Dulu sebulan yg lepas saya ke Vietnam ... haaaa terjumpa kawan juga... Jadi pada andaaa... mungkin juga akan terjumpa kawan yang anda lama x jumpa. mungkin boleh berjumpa di Vietnam. Malam tu beli baju kurung yg wife nak sangat,tak banyak mana pun dalam 15 helai je. saya pulak beli beg Deuter. Jalan punya jalan lagi... alamak seluar Levis pulak.. Belasah beli lagi. Sebenarnya kalau pergi time2 mcm ni pilihan tu dah x berapa ada. Beberapa hari lagi nak puasa ni. Terramailah sesangat orang Malaysia bershopping sakan kt Vietnam ni... Hari ke-2. Hari ni lah.. Sabtu. Wife nak beli baju lagi. Pegi Hong Anh la. perjalanan kesana.. hhmmmm....mcm kenal juga satu orang ni. tapi saya pasti dia tak tau mana saya... haaa sapa tu... Mazidul Akmal Sidek. Dia pun berada kt Ho Chi Minh rupanya. saya tak tegur pun dia biar pun saya lalu je depan dia, tengah sebok bersembang x elok kacau kannn... Pilihan baju dh kurang . Mungkin sbb terlalu ramai yg sudah bershopping. Cukup la sekat ni.. haaaa x pernah pun taip blog ni lama2 sebenarnya. Tapi sbb duduk je.. taip saja lah kan.. Malam ni malam ke dua . ingat nak tangkap lagi satu or dua beg lagi. Kalau rajin malam ni nak update blog lagi... *jimatbateri____ Notebook bawa ____ Charger tak bawa>>>>>>>

Sunday, June 23, 2013

Baju kurung chiffon Vietnam.

Saya akan ke Vietnam lagi pada 5 Julai ini. Siapa Nak Oder baju kurung chiffon or baju kurung cotton ready made boleh Email saya mohamadnayan@gmail.com. Mungkin banyak cerita yg saya Nak kongsi pasal perjalanan saya ke Vietnam kali ini.  Kali ni pergi Vietnam saya naik mas duduk business class. Biasa naik economy je. Kali ni Nak bawak kamera, boleh la snap pic yg cantik sikit masa kat sana nanti.  

Friday, April 12, 2013

Rm45/pcs harga borongTudung Chiffon 3 Layer with brooch Gred AAA

1 - 4 pcs = RM49.90 + pos laju
5 - 9 pcs = RM45.00/pcs + pos laju
10 - 20 pcs = RM45.00/pcs free pos laju
Sila hubung saya untuk harga terbaik
Sms whatsapp 0192609493
Harga untuk semenanjung Malaysia

Tudung Chiffon 3 layer with brooch dari vietnam.

Stok terhad. Oder segera.