hahahaha..... tiba2 masuk hari keduapos ni.. mana hari pertamanya.. tu lah. semalam sampai je airport Vietnam terus cari teksi,and terus je ke Lavender Hotel.
Cerita yang semalam dulu la... kami berdua memang bz bekerja. Flight pukul 5:50 ptg semalam dalam kurungan 5 julai lah...
hahhaa... sampai je rumah pukul 3 ptg hari jumaat tu... terus kemas barang2 yg perlu di bawa... x de apa sangat pun yg nak di bawa.. yg penting2 je, contohnya duit, passport,roti-roti untuk makanan kt sana nanti.Tu je, baju spare x de bawak pun.
Dari rumah pukul 3:30 sampai la kt KLIA pukul 4:30pm. terus pergi check in...
ni lah dia tiket ke Vietnam yg kita org dapat.
Sebenarnya pergi Ho Chi Minh dengan wife.. Kali ni try duduk Business Class pulak. Memang ramai orang nk ke Vietnam rupanya. rasanya Flight tu memang penuh.. haaa ni lah dia pic yg sempat di snap masa tunggu nak masuk Gate G6 masa hati kejadian tu.
hmmmmm Ramaikan orang nak pi Vietnam.
Tunggu punya tunggu waktu dah pun pukul 5:50pmmasih belum boleh berlepas lagi sbb kapal terbang pun belum sampai lagi... jadi delay la sikit.. pukul 6:30pm baru boleh boarding.. dalam perjalanan tak berapa dapat melihat suasana luar sbb cuaca berawan, tak lama lepas tu dah gelap pun. Tengok saja lah movie yang di sediakan dalam aircraft tu. ok jugak tapi tahu cerita apa sbb pasang saja tapi x berapa mengikuti jalan ceritanya.. waktu makan oder la ayam masak merah dll nya. Gambar makan x de lah sbb x berapa rajin nak snap pic.
Akhirnya mendarat juga kami di airport Vietnam. Lepas je kastam terus je ambil beg. terus keluar, cari teksi. Sebenarnya teksi ni nak bayar guna Duit Malaysia pun boleh mungkin dalam RM40 rasanya. Kalau nak bayar guna USD 10USD atau kalau nak bayar guna duit Dong Vietnam dalam 200,00 Dong. Gitu lah kiranya. Ikut lah nak bayar guna apa pun. Kalau nak naik bus pun boleh juga. Keluar je Airport Vietnam tu tengoklah di sebelah kanan. Kat situ ada bas no 152. Bas tu akan sampai ke Ben Than Market.
Saya pilih naik teksi sbb nak keselesaan untuk wife. haaa jalan kt Vietnam memang sesak dengan motosikal dan kereta. Tapi sapa2 yang pertama kali sampai sini mesti rasa pelik dengan kesesakan jalan raya kat sini. Motosikal tak tau berapa punya banyak.
haaaaa tengok je lah gambar kat atas tu... memang banyak motosikal... dalam kesibukan jalan tu... hmmmmm boleh la pulak bas buat U-turn... Nampak macam mudah je bas tu untuk U-turn. Kalau kt KL konpom ke maki pun bas tu.
Sampai je hotel badan pun dh letih sebenarnya. Solat lepas tu rest kejap.15 minit gitu. Terus la mencuci mata.. sebelum tu sempat la snap sikit gambar dlm room hotel.
Kita org duduk Lavender Hotel.
Pukul 9 malam waktu Ho Chi Minh terus lah kami berdua berjalan2, sambil cuci mata. Akhirnya mata ku tertumpu pada satu orang tu.... Kawan sama tpt kerja rupanya.. Bertahun2 kerja di tempat yang sama tapi tak de masa nak bersembang.... akhirnya kami berjumpa di Vietnam... bukan sorang... tapi 3 orang rupanya. Dulu sebulan yg lepas saya ke Vietnam ... haaaa terjumpa kawan juga... Jadi pada andaaa... mungkin juga akan terjumpa kawan yang anda lama x jumpa. mungkin boleh berjumpa di Vietnam. Malam tu beli baju kurung yg wife nak sangat,tak banyak mana pun dalam 15 helai je. saya pulak beli beg Deuter. Jalan punya jalan lagi... alamak seluar Levis pulak.. Belasah beli lagi. Sebenarnya kalau pergi time2 mcm ni pilihan tu dah x berapa ada. Beberapa hari lagi nak puasa ni. Terramailah sesangat orang Malaysia bershopping sakan kt Vietnam ni...
Hari ke-2. Hari ni lah.. Sabtu. Wife nak beli baju lagi. Pegi Hong Anh la. perjalanan kesana.. hhmmmm....mcm kenal juga satu orang ni. tapi saya pasti dia tak tau mana saya... haaa sapa tu... Mazidul Akmal Sidek. Dia pun berada kt Ho Chi Minh rupanya. saya tak tegur pun dia biar pun saya lalu je depan dia, tengah sebok bersembang x elok kacau kannn... Pilihan baju dh kurang . Mungkin sbb terlalu ramai yg sudah bershopping.
Cukup la sekat ni.. haaaa x pernah pun taip blog ni lama2 sebenarnya. Tapi sbb duduk je.. taip saja lah kan.. Malam ni malam ke dua . ingat nak tangkap lagi satu or dua beg lagi.
Kalau rajin malam ni nak update blog lagi...
*jimatbateri____ Notebook bawa ____ Charger tak bawa>>>>>>>